Wednesday, November 9, 2011

Aku Takut & Geli....

assalamualaikum...
adoiyai dah lama tak update blog nie. sibuk punya pasal lah, korang apa khabar sihat?? waras?? heheheheh..
sebenarnya takda cerita yang best pon, saja nak mengisi blog aku yang macam blog niyang rapik dah aku tengok (dah uzur tahap dewa).
wokey, kita kembali ke pangkal jalan, apa yang aku takut?? apa yang geli?? erm,,cam nie ceritanya.....jeng3... setiap manusia mempunyai benda- benda yang mereka geli sama ada untuk disentuh di pandang atau untuk dijeling, tapi tak tau pulak kalau korang nie spisis tak geli gan apa-apa mahkluk hidup.
menurut kegelian yang ada pada diriku ini, aku sangatlah geli dengan binatang yang diberi nama cicak dan katak.


antara sebab kenapa aku tak suka cicak & katak adalah badan mereka yang lembik dan mempunyai warna-warna yang pelik. lagi satu, menurut jiran-jiran dan member aku, jika tubuh badan kita terkena kencing katak, akan menyebabkan tumbuhnya " kutil" pada tubuh yang terkena kencing berkenaan. dan kata-kata  mereka ada betulnya..hehhee sebab aku telah melaluinya huhuu..kutil tumbuh kat jari kelingking aku disbebakan aku diserang oleh seekor katak. erm,,seram kan? kan? kan?? tapi teori ini belum lagi dapat dibuktikan melalui kajian saintifik,,kalau korang nak tau, korang boleh lah bermain-main dengan katak untuk menguji kebenarannya hohohoho...selamat mencuba  >.<



p/s: tak upload gambar katak & cicak sebab nak tengok gambar diaekor pon aku tak sanggup hhohohoo..

Saturday, June 11, 2011

love and emotion


"Love is a powerful emotion. It can actually mentally destroy a person if the person is not strong enough. Broken hearts, take this as a learning experience, because heartbreaks will make you stronger. Love yourselves because you are all beautiful. Some of us often forget that because we're too caught up being depressed. Appreciate the things & people you have right now because those are the ones who truly love you...."

mencuba untuk melupakan kenangan pahit. bangun untuk mengejar cita-cita..membuang segala kenangan yang hampir membawa kepada kegagalan,,,kegagalan yang akan kusesali seumur hidupku..
Bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan kepadaku...dan menyedarkan aku dari mimpi yang tak pasti bersamamu...

jika ada pertemuan antara aku dan kau suatu hari nanti...ku harap akan tersenyum bahagia atas perpisahan yang telah terjadi atas perhubungan kita...InsyaAllah

p/s: sentiasa yakin dengan "hikmah disebalik sesuatu kejadian"

Monday, May 2, 2011

HARI JADIKU 2 MAY 2011


Hari ini merupakan hari jadiku yang ke-23...erghhh,,aku dah tua rupanya...tak ada sambutan hari jadi pom,,,buat macam hari biasa..tapi banyak gak kengkawan yang wih b'day aku,,,huhuhuh tan sangka dey all ingat gak gan b'day aku yang tak seberapa tuh...terima kasihlah kawan-kawanku..semoga doa kalian untukku dimakbulkan oleh Allah swt.

Pagi tadi sempat gak aku call mak aku...erm,,,yang peliknya, mak aku awal-awal lagi dah tacing...nangis,, dia kata kat aku " mak tak dapat bagi apa-apa, mak hanya mampu doakan agar kamu menjadi anak yang solehah".
sedih gak aku dengar mak aku kata cam tuh aku pon balas lah kat dia "aku tak perlukan hadiah, cukup dengan doa"...mak aku pon bagilah nasihat. erm, kalau lah aku tak jauh dari mak aku,,mesti kitorang dah celebrate b'day reramai...tapi apa kan daya, aku berada di perantauan,,, mencari ilmu lah katakan.

belum hilang sedih aku dengar mak aku nangis, mak aku pas plak HP tuh kat nenek aku,,,erm sudaaaah...lagi lah aku tacing,,,nenek aku nie kalau dah dengar suara aku, even aku kata aku sihat wal'afiat, dia mesti akan nagis..huhuuhuuh yelah kan, hati orang tuan nie sensitif sangat, lebih-lebih lagi aku nie kan cucu kesayangannya. hehhehee kepada adik beradik aku yang laen,,jangan jeles ek,,tapi nie memang dah kenyataan. aku bertuah dapat keluarga yang sangat sayang dengan aku, walaupun kitorang tak hidup mewah,tapi kebahagian dalam keluarga cukup membuatkan aku seakan-akan hidup dengan harta yang banyak. terimakasih Ya Allah, atas kurniaanMu ini...
Doaku kepada diri sendiri. semoga aku berjaya dalam hidupku, mendapat pekerjaan yang baik dan halal. dapat menyara kehidupan ku dan keluargaku. membalas jasa ibubapa dan orang-orang yang pernah berjasa kepadaku. dapat memanfaatkan ilmu dan harta yang kuperoleh ke jalan yang benar.semoga aku dipermudahkan dalam segala hal. diberikan kekuatan dan ketabahan mengahadapi dugaan dan cabaran yang mendatang. memperbaiki diri kearah yang lebih baik. menjaga ahklak, menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti...jadi anak yang solehah dan semoga dipertemukan dengan jodoh yang soleh. AMIIN...

p/s: kawan-kawan..tolong amiin kan jugak eh..:p

Sunday, April 24, 2011

rindu mengusik hati


setelah berapa lama...tetiba pulak rindu tuh berebut-rebut menyerang hati dan mindaku...pada hal dah berapa bulan aku berpisah dengan dia...benci sangat perasaan macam nie...aku berusaha untuk lupakan dia...berusaha untuk lawan perasaan rindu..tapi, aku "GA' BISA".

dan seperti biasa, jika emosi aku terganggu, aku takda selera nak makan. haiiiish!! orang laen kalau tengah sedih atau stress, selera makan mereka bertambah seperti orang yang tak jumpa nasi seminggu. tapi aku nie laen pulak ceritanya... semua tak lalu. nasib baeklah aku masi ada semangat nak buat  assignment yang belambak dan tersenyum-senyum menunggu untuk ku siapkan.

bila bersendirian, terfikir juga..dia tengah buat apa?? adakah dia bahagia dengan kekasih barunya?? adakah dia merindui aku, sebagaimana aku merinduinya di setiap hari-hariku...jujur aku katakan, aku masih sayang sangat kat dia, even sepetelah apa yang dia dah buat dengan aku. aku tak kisah semua tuh. kalau dia nak balek sambung relationship dengan aku pon, aku rasa,,,on de spot aku terima dia ( cam desperate je bunyik)...kalau aku desperate, sekarang nie aku dah dok deting dengan jantan laen...tapi..aku tetap nak dia..aku tak nak orang laen...lantaklah orang kata dia tak hensem, tak educated, tak ini tak itu...tapi, dey all tak tau apa yang buat aku tertarik n sayang sangat kat dia..bak lirik lagu fynn jamal "saya kenal sayang saya".

dalam kerinduan,, berdepan pulak dengan dilema yang pokok pangkalnya berpunca dari sikap aku yang tak nak terima sesiapa dalam hidupku buat masa nie... seorang hamba Allah yang sedari dulu meluahkan perasaanya yang kugelar pemuja rahsia (PR),, berhajat untuk menjadi pengganti c mantan pacarku...kini aku dengan PR dah tak berhubung...akibat dia berkecil hati dengan sikapku yang berkeras untuk tidak menerima dia....maafkan aku wahai PR..aku sayang kau sebagai seorang sahabat.

buatmu wahai sang mantan: ku doakan kau bahagia,, andainya ada jodoh antara kita ,mungkin akulah orang yang paling bahagia...dan aku masih berpegang dengan janjiku dulu..aku takkan cari penggantimu..sehinggalah Allah  takdirkan aku bertemu dengan seseorang yang menyayangi dan sudi sehidup semati dengan aku,,atau pon ibu bapaku menjodohkanku dengan lelaki pilihan mereka...tapi untuk mencari sendiri,,itu jauh sekali.


Monday, April 11, 2011

hanya mampu berserah

perasaan risau dan kecewa bercampur-baur dalam diri...mendapat panggilan daripada pihak CUIC megatakan bahawa syarikat yang aku suggest untuk tempat praktikum tak bagi maklumbalas...syarikat  yang aku suggest kat CUIC memang syarikat yang aku nak sangatlah,yang aku rasa sesuai dengan akudah penat hantar resume, dah call syarikat tuh,,tapi jawapan mereka agak menghampakan..agaknya aku nie tak memenuhi kriteria yang mereka nak..:'(

ya Allah, sampai jadi macam nie sekali??? aku betul tak tau nak buat apa dah...akak yang call tadi bagi tau dia nak hantar permohonan aku kat satu syarikat lagi dan aku juga tidak putus asa untuk hantar ke tempat lain. aku juga cuba mengambil tau sedikit sebanyak mengenai syarikat yang dikatakan oleh akak dari CUIC.Erm, syarikat tersebut merupakan syarikat yang menawarkan khidmat perundingan, latihan dan macam-macam lagi. syarikat ini merupakan syarikat besar dan mempunyai banyak cawangan di luar negara...dan yang paling membuat aku rasa teruja adalah, syarikat nie sangat sesuai dengan kos aku. dan aku harap sangat-sangat mereka dapat terima aku untuk menimba ilmu dan pengalaman kerja di tempat mereka.

adakah ini yang Allah akan berikan untukku?? membiarkan syarikat lain untuk tidak menerimaku dan memberikan aku tempat lain yang lebih sesuai untukku....eiii aq harap kali ini aku dapat...ya Allah memohon agar Kau permudahkanlah urusanku...dan semoga aku redha dengan segala ketentuanMu...kerana Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambaMu....
p/s: kawan2..doakan saya dapat penempatan yang sesuai yerk...^_^

Friday, March 18, 2011

wahai si cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
 

Ok..anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, mungkin yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Mungkin juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya silap. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Thursday, March 17, 2011

pesan roh kepada manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretanmalaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuh kuluka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar menjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang ali! k mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimudari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


p/d: untuk peringatan diri sendiri dan juga kawan-kawan...

Monday, March 14, 2011

TaKkan PiSaH

aku suke sangat dengar lagu eren-takkan pisah... sedap uuntuk dilayan...eceheheheh..aku pon merajinkan diriku untuk menaip lirik lagu  nie..korang boleh lah jenguk-jenguk blog aku sambil mendendangkan lagu nie tanpa terlupa lirik...tapi nie bukan rancangan "jangan lupa lirik" tau..takder hadiah pon,,just untuk melayan perasaan aka jiwa-jiwa (btol kew) hantam sajalah labu...:p



Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku
Bila nanti orang tuamu tak meredhai
Dengan apa yang kurasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitupun orang tuaku
Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah sayangku
Janjimu janjiku untukku
Takkan ada yang bisa pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan kupastikan
Ku kan memeluk menciummu di surga
Jangan kau pergi tinggalkan Aku
Bawa aku kemana kau mau
Janji ku padamu Jiwa dan ragaku
Mati ku pun mau

p/s: nyanyi lagu nie dengan sepenuh jiwa dan raga,,,kalau boleh siap dengan linangan air mata...miahahaha gegurau jew ^_^

Sunday, March 13, 2011

mee segera


assalamualaikum...
mee segera,,sedap dimakan,murah dan mudah disediakan. Tiap kali nak balik campus lepas cuti sem, mak mesti bekalkan mee segera"mi goreng" 1 kotak (40 paket). hehehe yelah, anak dara yang sorang nie suke sangat makan mee segera. Pelajar memang tak boleh nak dipisahkan dengan mee segera, makanan paling laris dan digemari ketika poket dah nazak.masa kumpul-kumpul dengan kawan, aku suka sangat masak mee. hehehe sedap makan ramai-ramai pekena dengan teh-o panas..peeeeeeeeeeergh!! nikmat yang tiada tolok bandingnya.

erm nak dijadikan cerita,  ader makcik aku nie tak suke aku makan mee segera, dia kata dapat mendatangkan penyakit sebab mee segera lama untuk proses penghadaman. so, aku pon buatlah eksprimen keatas diri aku sendiri. setelah berapa kali menjalankan eksperimen, hasil dapatan dari eksperimen tersebut , setiap kali dah makan mee segera mesti perut aku sakit.hehehe yo yo ooo jer...aku pon kurangkanlah makan mee segera, tapi tak boleh lah kalau tak makan langsung. tak sanggup aku weh..aku kenalah juga dengar nasihat makcik aku, walaupun dia bukanlah seorang doktor tapi dia banyak pengalaman. lagipun aku nie selalu je sakit, kejap-kejap masuk sepital,,ciss!! apa barang gangster tapi antibody lemah...miahahahha

dengar-dengar mee segera juga dapat menyebabkan keguguran rambut yang ekstrim. ha!! korang yang tak nak pegi buat rawatan rambut kat Yun Nam haircare...kurang-kurangkanlah membedal mee segera. Walaupun ianya sangat sedap dimakan tapi banyak jugak keburukannya...bukan setakat gugur rambut,, bagi penggemar mee segera, mereka berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser ( nie aper yang aku bace lah).eeeeeeeee seram kan??,,,
        erm sedapnyeeeeeeeeeeer,,,^_^

Thursday, March 10, 2011

putus cinta..sedeeeeeeey sangat...

assalamualaikum,,,

putus cinta..alah biaselah,,lumrah dalam kehidupan manusia...siapa yang putus cinta,,dialah terasa frust menonggengnya. hehhehe ok,,kembali  ke mood serius. ada yang bercinta untuk suka-suka,hilangkan bosan dan ada juga orang bercinta untuk merealisasikan impian nak berkahwin. Dengan bercinta, membuatkan ramai insan berasa dihargai dan begitu bahagia. Namun apabila cinta telah pudar, dan salah seorang daripada pasangan mula memudar cintanya, wujudlah perbalahan, pertengkaran dan yang paling sedih sekiranya hati pasangan telah beralih kepada cinta yang lain. 


banyak sebab putus cinta boleh terjadi, cinta tak direstui, curang, bosan kerana bergaduh setiap hari, nak fokus pelajaran dan lain-lain. Kawan-kawanku yang putus cinta, memang sangat sedih untuk menjalani kehidupan seperti biasa sekiranya kita telah terbiasa dengan hidup ada bf/gf nie. yalah, apa tidaknya,, kalau boleh semua benda nak report dengan c dia. bahkan perkara-perkara remeh sekalipun kena bagi tau c dia jugak. berkongsi minat yang sama. contoh: c dia minat bola sepak, awak pon berusaha untuk minat dan menyesuaikan diri dengan minatnya dan begitu juga dengan c dia, awak minat karoke tak kiralah karoke jamban, dia pon berusaha untuk meminati karoke walaupon suaranya tak sedap mana.

kejujuran, kesetiaan,pengorbanan dan keikhlasan yang diberikan tidak dihargai oleh insan yang bergelar kekasi. bila dia merasakan kurang perhatian mulalah beralih kepada yang lain.Bila sudah kehilangan, barulah dia datang semula kepada kita  merayu, memohon maaf, segala pujuk rayu dan kata-kata manis diluahkan. demi menambat hati kita semula. senang je kan dia nak datang lepas buang kita macam sampah. begitulah lumrah manusia, menghargai apabila telah kehilangan.


Janganlah bersedih dengan orang yang macam nie, berusahalah bangun untuk mencapai apa yang lebih penting dalam hidup kita. fokus untuk terus hidup, fokus tanggungjawab kita sebagai anak, pelajar atau pekerja. bina kejayaan kita sendiri dulu. Cuba fikir, sekiranya dia telah meninggalkan kita dan mendapati kita gagal dalam segala apa yang kita impikan. tak ke memalukan dan menyedihkan?? mesti dia akan bangga kerana sampai macam tuh sekali kita hancur kerana dia dan menganggap bahawa kita mengagung-agungkan dia lebih dari segalanya.

kita perlu ingat Allah  swt menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. sekiranya dulu kita gagal, kita kenalah berusaha untuk memperbaiki diri kita agar kita tergolong dalam kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. jadikan apa yang telah berlaku dulu sebagai pengajaran. tak semestinya perpisahan yang berlaku 100% berpunca daripada dia, mungkin kita juga menjadi penyumbang kepada perkara tersebut. berusahalah untuk menjadi seorang yang pemaaf dan elakkan untuk berdendam dengannya. kita perlu sedar bahawa kita semua adalah milik Allah swt dan termasuk jugalah hati kita.


redha dengan ketentuan ilahi, berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi kesedihan. jangan simpan masalah sendiri. kita diberikan kawan dan keluarga untuk kita meluahkan apa yang terbuku dihati tapi ingat, pilih kawan yang betul-betul boleh dipercayai jika nak meluahkan hal-hal peribadi. walaupun mereka tak dapat membantu kita untuk menyelesaikan masalah, mereka akan cuba untuk menjadi pendengar yang baik dan akan memberi sedikit nasihat. kita juga jangan lupa, ada lagi 1 tempat yang terbaik untuk kita meluahkan masalah kita yakni mengadu dengan Allah swt.


segalah apa yang terjadi keatas kita adalah atas kehendakNya. Allah tidak akan menguji ummatNya dengan ujian yang tidak dapat ditanggungya. Allah telah menetapkan lebih baik untuk kita lebih dari apa yang kita kehendaki. kita mungkin mencintai seseorang tetapi ia buruk bagi kita dan sebaliknya.
sekian sahaja...^_^

p/s: entri dr pengalaman dr sendiri...maaf jika ada yang tersilap ataupun entri nie mengguris perasaan anda..hehehee chill lah...


Saturday, March 5, 2011

ahad ader kls gak ker???

assalamualaikum...

saoalan lazim yang dilontarkan kepadaku berbunyi seperti tajuk entri aku kat atas tuh..korang nampak kan?? pertama memang aku susah nak terima kenyataan, yalah kat negeri aku opkos lah ahad cuti. tapi kat kedah nie laen pulak ceritanya. cuti umum kat kedah nie hari juma'at. untuk memberi peluang kepada orang muslim melaksanakan solat sunnat juma'at (agakenyer lah).
 
jadi, jenuhlah aku nak terangkan benda nie kepada kawan-kawan dan sanak saudara yang bertanyakan soalan "eh,,knp hari ahad ada kls?"...jawapan paling simple dari aku yang pemalas nak fikir jawapan " alah biasalah, pelajar rajin memang cam nie"....rajin atau tidak..hehehe tak payah dipersoalkan. aku dah sem 6 (final year)..dah terbiasa dengan kelas hari ahad. sampai terbawa-bawa ke negeri aku sendiri. hehehehhee
 
hari nie aku ada 2 kelas yang perlu dihadiri. pukul 3:30-5:00pm dan 8:00-11:00pm...so, aku nak bersiap sedia. nak iron baju kurung...tu saja untuk kali ini...kot2 rajin aku datang..pandailah aku nak mengepost benda-benda yang merepek..hehehehe bye
 
makasih kepada sesiapa yang membaca....^_~

mak,opet,ijam,apek,fatihah

assalamualaikum...

rindu...rindu..rindu...
jauh dengan keluarga, muncul pulak rindu di hati ceeeeeeeeeewah. tapi kalau dah balek kampung halaman rasa bosan pulak menyerbu kepala hotak aku. kadang-kadang tuh dengar mak membebel, terpaksa ku pekakkan telingan atau menyumbat apa-apa yang patut untuk mengurangkan bunyi memasuki telingaku. nak marah mak sebab kuat membebel,,ish3 mana boleh kang masuk neraka. so aku mendiamkan diriku dan mendengarkan saja CERAMAH TANPA JUDUL yang didendangkan oleh ibu tercinta hehehehhee. kesian mak aku, ampunkan anakmu ini ya mak. ^_^

rindu jeritan dan gelak ketawa adik dan anak sedara aku yang comel-comel. adik aku yang kecik tuh suka sangat nyanyi lagu tomat-wali band tapi tak berapa lancar sebab dia pelat sikit. lagipun gigi depan dia tak ada (menjadi santapan bakteria) jadi sebutan tak berapa jelas.



fatihah dengan opet. dorang nie nampak je mesra antara satu sama lain. tapi disebalik tabir kehidupan. Tuhan saja yang tau. tak sampai berapa minit gelak lepas tuh gaduh begitulah aktiviti seharian mereka dalam usaha mencapai usia dewasa (sekamanya ayat)
opet versi menutup aurat..kwekwkekwke...cute sangat-sangat. dah nasib dia dapat makcik cam aku nie. habis aku kerjakan engkau opet. opet nie babyboy yerk..tapi dah hobi aku yang suka "makeover" budak-budak, aku pakaikan dia tudung dan berkerongsangkan sepit rambut. rindulah nak membuli bebudak nie
 yang pendek tuh bernama apek (adik) dan yang tinggi dan macho tuh ijam (abang) dan kedua-dua jejaka idaman malaya ini merupakan abang kepada  opet...hehehhee cute betol anak sedara aku nie. kalau korang nak tau, apek nie tak pandai senyum, asal je nak tangkap gambar mesti dia senyum pelik cam dalam gambar kat atas.
mesranya mereka. berpeluakan (ala2 teletubis). ha tuh dia, gaya macho yang ditunjukkan oleh ijam. fatihah nampak over plak. fatihah tak sedar jejaka yang dipeluknya adalah anak sedaranya huahuahuhua....(tak lucupun)






Thursday, March 3, 2011

adik angkatku

asslamualaikum...
nie nak cerita fasal adik angkat aku..canner aku dapat adik angkat?? panjang ceritanya..dipendekkan cerita, aku kenal dia masa join baksis kat kampung ewa langkawi. adik angkat aku nie bernama haikal. mula-mula aku memang suka tengok muka haikal nie, nak kata dia comel tak, nak kata dia hensem tak juga. tapi ada lah sesuatu yang buat aku suka tengok dia. muka dia cam muka kesian. adik aku nie sangatlah pendiam orangnya. bulu mata dia panjang dan mata yang sangatlah cantik.

sebelum nie, aku tak tau pun dia tuh adik angkat aku. yalah cam biasa, bebudak nie dibahagikan kepada 11 kumpulan dan akan dijaga oleh 4 atau 3 fasilitator. kebetulan adik aku nie masuk kumpulan aku iaitu kumpulan 4 aka junior 4..hahahahah disitulah pertama kalinya aku mengenali dia macam-macam aktiviti yang kitorang buat untuk bagi dey all seronok sambil belajar. haikal sekrang dah darjah 6 (2011).

dan benda yang aku nak cerita kat sini adalah. adik aku nie lemah dalam bab2 membaca dan menulis.
aku dapat detect pon time aku dok perati dia buat satu tugasan yang dibagi kat dey all. masa tu...korang mesti tak tau perasaan aku cam mana kan?? ya..hanya Tuhan yang tau...sedih,nak nangis,risau dan yang sama waktu dengannya menyerang jasad dan mindaku. dah lah dia nak ambik peperiksaan UPSR. eja nama sendiri pun dia tak lancar. huruf-huruf yang dia tulis pon kadang-kadang terbalik. masa tuh,,aku dok cover air mata dari gugur ke bumi. hehehe sebab ada abang fasi duduk sebelah haikal. seolah-olah abang fasi tuh mengetahui apa yang ada dalam minda aku. dia pon cakap dengan aku yang dia nak pergi toilet kejap. dan saat itulah aku gunakan untuk bertanya dan menasihati haikal. kesian adik aku nie.

ops! lupa pulak nak bagi tau yang aku nie ada dua orang adik angkat, haikal dan aizat. tapi aizat nie dok kumpulan lain so aku jarang sembang dengan dia kecuali masa makan. lainlah dengan haikal, dia dok dalam kumpulan aku dan merupakan adik angkat aku hehehehe..kiranya aku lebih rapat dengan haikal lah.hari.sesi bersama waris(parents kepada adik angkat).aku dah salam dengan mak aizat. sembang sekjap je. aku nie asyik-asyik tanya haikal kenapa mak dengan ayah dia tak datang pada hal pelajar lain boleh pulak datang. haikal kata mak dengan ayah dia sibuk kerja. erm, tak dapatlah aku jumpa mak dengan ayah angkat aku.sedih dan terharu, tu lah perasaan aku. kesian haikal, macam anak yang terbiar. aku pon terfikir, mungkin haikal tak berapa pandai membaca dan menulis disebabkan ibu bapa yang kurang beri perhatian kepada dia.

hari terakhir program berjalan, pun masih sama. mak gan ayah haikal tak datang. hati aku nie takder pon rasa  gembira dan teruja untuk balik campus. aku rasa nak stay lama-lama dengan haikal. aku pon tak tau kenapa aku kesian sangat kat budak tuh. banyak kali dia salam aku, aku pon tak putus-putus bagi nasihat kat dia supaya rajin belajar. salam untuk yang ke 4 kalinya, aku dah tak boleh tahan emosi. aku peluk dia. yang buat aku nangis time aku ternampak pakaian dia hanya dibungkus dengan beg plastik (sperti beg plastik C-mart @ beg barang kat giant,tesco dsb). Ya Allah, kuatkanlah hatiku, aku memang dah tak boleh tahan. apa orang nak kata. biaq pi lah. aku nangis sekuat hati. kawan-kawan aku bagi semangat kat aku.

aku balek campus gan hati yang sedih. kenapalah aku tak terfikir untuk bagi number hp aku kat haikal. dengan berbekalkan otak aku yang tak berapa bijak nie. aku pon membuat panggilan hangit ke sekolah haikal (sk ewa). Alhamdulillah.. kerani kat sekolah tuh bagi number hp ayah haikal kat aku... aku pon jejak kasihlah dengan ayah dia. 

aku doakan haikal dan aizat berjaya dalam pelajaran,,dan semoga mereka dapat membuat persediaan yang baik sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR nanti...akak tak dapat bagi dan tolong..akak hanya mampu mendoakan....sayang kamu wahai adik-adikku..^_^



gambar melompat

assalamualaikum...

ehem..ehem...korang janganlah tersalah anggap dengan tajuk entri nie. "gambar melompat" maksud aku gambar orang yang sedang melompat dan bukanlah gambar itu yang sedang melompat-lompat heheheheh.seriau makcik mendengarnya.

ok lah... nie nak cerita lah pengalaman aku masa semester break bebaru nie.Disebabkan tersangatlah bosan duduk rumah je dengan sepupu dan konco berat. keluar pulak satu idea yang entah dari mulut siapa yang berbunyi "wei jum kuar,,ape kata kite gi tasik..boleh lah amik gambar kat sane". kebetulan sepupu aku nie ader kamera baru nikon D90. dengan selamba dan buat kening double jerk, aku pon setuju dengan cadangan yang bernas itu.


sebenonye kitorang tak tau pon nak gi tasik ape. gamble je lah kan. dan tasik yang bertuah pada hari itu adalah "tasoh lake". korang taw tak tasoh lake tuh kat mana???
bagi penduduk perlis memanglah mereka tau. tasoh lake berkedudukan di perlis. jalan nak gi padang besar (tempat orang berbelanja sakan) hahahaha.ok lah banyak pulak aku membebel.

                                            nie lah gambonyer..(klu x cantik janganlah gelakkan)
entah kenapelah sepupu aku nie suka sangat amik gambar orang melompat. adakah ia nampak seksi?? energetic?? atau menunjukkan seseorang itu mempunyai berat badan yang ideal? sampai nak melompat sana sini. seperti lagu yang dipopularkan oleh sheila on7-melompat lebih tinggi. dan aku pun berusaha sedaya upaya untuk melompat as high as i can hehehehhe..


                                                          yang nie tak tinggi sangat
banyak lagi gambar,,tp nie ja yang mampu untuk dikongsikan huahuahuahau....


  sekadar gambar hiasan "jumping for joy"

itu saja untuk kali ini....k bye ^_^






Wednesday, March 2, 2011

hari yang MEMBOSANKAN

assalamualaikum...


peeeeeeeergh!! ari nie aku cuti, esok dan lusa pon aku cuti. menghabiskan masa dengan menonton drama korea, eh boleh pulak blackout dekat 5 kali. aku nie pon hanginlah satu badan. yelah,,,dah feel gan drama tu tetiba plak terasa bahang kepanasan menggigit-gigit kulitku. barulah aku perasan karan xderk...nasib lah aku nie bukan jenis insan yang cepat memaki hamun..hehehhee tapi kalau dah tak boleh tahan..memaki juga akhirnya.