Sunday, April 24, 2011

rindu mengusik hati


setelah berapa lama...tetiba pulak rindu tuh berebut-rebut menyerang hati dan mindaku...pada hal dah berapa bulan aku berpisah dengan dia...benci sangat perasaan macam nie...aku berusaha untuk lupakan dia...berusaha untuk lawan perasaan rindu..tapi, aku "GA' BISA".

dan seperti biasa, jika emosi aku terganggu, aku takda selera nak makan. haiiiish!! orang laen kalau tengah sedih atau stress, selera makan mereka bertambah seperti orang yang tak jumpa nasi seminggu. tapi aku nie laen pulak ceritanya... semua tak lalu. nasib baeklah aku masi ada semangat nak buat  assignment yang belambak dan tersenyum-senyum menunggu untuk ku siapkan.

bila bersendirian, terfikir juga..dia tengah buat apa?? adakah dia bahagia dengan kekasih barunya?? adakah dia merindui aku, sebagaimana aku merinduinya di setiap hari-hariku...jujur aku katakan, aku masih sayang sangat kat dia, even sepetelah apa yang dia dah buat dengan aku. aku tak kisah semua tuh. kalau dia nak balek sambung relationship dengan aku pon, aku rasa,,,on de spot aku terima dia ( cam desperate je bunyik)...kalau aku desperate, sekarang nie aku dah dok deting dengan jantan laen...tapi..aku tetap nak dia..aku tak nak orang laen...lantaklah orang kata dia tak hensem, tak educated, tak ini tak itu...tapi, dey all tak tau apa yang buat aku tertarik n sayang sangat kat dia..bak lirik lagu fynn jamal "saya kenal sayang saya".

dalam kerinduan,, berdepan pulak dengan dilema yang pokok pangkalnya berpunca dari sikap aku yang tak nak terima sesiapa dalam hidupku buat masa nie... seorang hamba Allah yang sedari dulu meluahkan perasaanya yang kugelar pemuja rahsia (PR),, berhajat untuk menjadi pengganti c mantan pacarku...kini aku dengan PR dah tak berhubung...akibat dia berkecil hati dengan sikapku yang berkeras untuk tidak menerima dia....maafkan aku wahai PR..aku sayang kau sebagai seorang sahabat.

buatmu wahai sang mantan: ku doakan kau bahagia,, andainya ada jodoh antara kita ,mungkin akulah orang yang paling bahagia...dan aku masih berpegang dengan janjiku dulu..aku takkan cari penggantimu..sehinggalah Allah  takdirkan aku bertemu dengan seseorang yang menyayangi dan sudi sehidup semati dengan aku,,atau pon ibu bapaku menjodohkanku dengan lelaki pilihan mereka...tapi untuk mencari sendiri,,itu jauh sekali.


Monday, April 11, 2011

hanya mampu berserah

perasaan risau dan kecewa bercampur-baur dalam diri...mendapat panggilan daripada pihak CUIC megatakan bahawa syarikat yang aku suggest untuk tempat praktikum tak bagi maklumbalas...syarikat  yang aku suggest kat CUIC memang syarikat yang aku nak sangatlah,yang aku rasa sesuai dengan akudah penat hantar resume, dah call syarikat tuh,,tapi jawapan mereka agak menghampakan..agaknya aku nie tak memenuhi kriteria yang mereka nak..:'(

ya Allah, sampai jadi macam nie sekali??? aku betul tak tau nak buat apa dah...akak yang call tadi bagi tau dia nak hantar permohonan aku kat satu syarikat lagi dan aku juga tidak putus asa untuk hantar ke tempat lain. aku juga cuba mengambil tau sedikit sebanyak mengenai syarikat yang dikatakan oleh akak dari CUIC.Erm, syarikat tersebut merupakan syarikat yang menawarkan khidmat perundingan, latihan dan macam-macam lagi. syarikat ini merupakan syarikat besar dan mempunyai banyak cawangan di luar negara...dan yang paling membuat aku rasa teruja adalah, syarikat nie sangat sesuai dengan kos aku. dan aku harap sangat-sangat mereka dapat terima aku untuk menimba ilmu dan pengalaman kerja di tempat mereka.

adakah ini yang Allah akan berikan untukku?? membiarkan syarikat lain untuk tidak menerimaku dan memberikan aku tempat lain yang lebih sesuai untukku....eiii aq harap kali ini aku dapat...ya Allah memohon agar Kau permudahkanlah urusanku...dan semoga aku redha dengan segala ketentuanMu...kerana Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambaMu....
p/s: kawan2..doakan saya dapat penempatan yang sesuai yerk...^_^