Monday, April 11, 2011

hanya mampu berserah

perasaan risau dan kecewa bercampur-baur dalam diri...mendapat panggilan daripada pihak CUIC megatakan bahawa syarikat yang aku suggest untuk tempat praktikum tak bagi maklumbalas...syarikat  yang aku suggest kat CUIC memang syarikat yang aku nak sangatlah,yang aku rasa sesuai dengan akudah penat hantar resume, dah call syarikat tuh,,tapi jawapan mereka agak menghampakan..agaknya aku nie tak memenuhi kriteria yang mereka nak..:'(

ya Allah, sampai jadi macam nie sekali??? aku betul tak tau nak buat apa dah...akak yang call tadi bagi tau dia nak hantar permohonan aku kat satu syarikat lagi dan aku juga tidak putus asa untuk hantar ke tempat lain. aku juga cuba mengambil tau sedikit sebanyak mengenai syarikat yang dikatakan oleh akak dari CUIC.Erm, syarikat tersebut merupakan syarikat yang menawarkan khidmat perundingan, latihan dan macam-macam lagi. syarikat ini merupakan syarikat besar dan mempunyai banyak cawangan di luar negara...dan yang paling membuat aku rasa teruja adalah, syarikat nie sangat sesuai dengan kos aku. dan aku harap sangat-sangat mereka dapat terima aku untuk menimba ilmu dan pengalaman kerja di tempat mereka.

adakah ini yang Allah akan berikan untukku?? membiarkan syarikat lain untuk tidak menerimaku dan memberikan aku tempat lain yang lebih sesuai untukku....eiii aq harap kali ini aku dapat...ya Allah memohon agar Kau permudahkanlah urusanku...dan semoga aku redha dengan segala ketentuanMu...kerana Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hambaMu....
p/s: kawan2..doakan saya dapat penempatan yang sesuai yerk...^_^

4 luahan rasamu:

Unknown said...

don worry :) nt mesti ade.

gadis_biasa said...

thanks ezan,,,sy harap sngatlh dpt hehehe

sakura kulim said...

jgn bersedih~

gadis_biasa said...

hehehehe..dah x sedih lah awk ,Alhamdulillah...sy dah dpt penempatan kat kaizen goup...

Post a Comment