Saturday, March 5, 2011

mak,opet,ijam,apek,fatihah

assalamualaikum...

rindu...rindu..rindu...
jauh dengan keluarga, muncul pulak rindu di hati ceeeeeeeeeewah. tapi kalau dah balek kampung halaman rasa bosan pulak menyerbu kepala hotak aku. kadang-kadang tuh dengar mak membebel, terpaksa ku pekakkan telingan atau menyumbat apa-apa yang patut untuk mengurangkan bunyi memasuki telingaku. nak marah mak sebab kuat membebel,,ish3 mana boleh kang masuk neraka. so aku mendiamkan diriku dan mendengarkan saja CERAMAH TANPA JUDUL yang didendangkan oleh ibu tercinta hehehehhee. kesian mak aku, ampunkan anakmu ini ya mak. ^_^

rindu jeritan dan gelak ketawa adik dan anak sedara aku yang comel-comel. adik aku yang kecik tuh suka sangat nyanyi lagu tomat-wali band tapi tak berapa lancar sebab dia pelat sikit. lagipun gigi depan dia tak ada (menjadi santapan bakteria) jadi sebutan tak berapa jelas.



fatihah dengan opet. dorang nie nampak je mesra antara satu sama lain. tapi disebalik tabir kehidupan. Tuhan saja yang tau. tak sampai berapa minit gelak lepas tuh gaduh begitulah aktiviti seharian mereka dalam usaha mencapai usia dewasa (sekamanya ayat)
opet versi menutup aurat..kwekwkekwke...cute sangat-sangat. dah nasib dia dapat makcik cam aku nie. habis aku kerjakan engkau opet. opet nie babyboy yerk..tapi dah hobi aku yang suka "makeover" budak-budak, aku pakaikan dia tudung dan berkerongsangkan sepit rambut. rindulah nak membuli bebudak nie
 yang pendek tuh bernama apek (adik) dan yang tinggi dan macho tuh ijam (abang) dan kedua-dua jejaka idaman malaya ini merupakan abang kepada  opet...hehehhee cute betol anak sedara aku nie. kalau korang nak tau, apek nie tak pandai senyum, asal je nak tangkap gambar mesti dia senyum pelik cam dalam gambar kat atas.
mesranya mereka. berpeluakan (ala2 teletubis). ha tuh dia, gaya macho yang ditunjukkan oleh ijam. fatihah nampak over plak. fatihah tak sedar jejaka yang dipeluknya adalah anak sedaranya huahuahuhua....(tak lucupun)






0 luahan rasamu:

Post a Comment