Thursday, March 10, 2011

putus cinta..sedeeeeeeey sangat...

assalamualaikum,,,

putus cinta..alah biaselah,,lumrah dalam kehidupan manusia...siapa yang putus cinta,,dialah terasa frust menonggengnya. hehhehe ok,,kembali  ke mood serius. ada yang bercinta untuk suka-suka,hilangkan bosan dan ada juga orang bercinta untuk merealisasikan impian nak berkahwin. Dengan bercinta, membuatkan ramai insan berasa dihargai dan begitu bahagia. Namun apabila cinta telah pudar, dan salah seorang daripada pasangan mula memudar cintanya, wujudlah perbalahan, pertengkaran dan yang paling sedih sekiranya hati pasangan telah beralih kepada cinta yang lain. 


banyak sebab putus cinta boleh terjadi, cinta tak direstui, curang, bosan kerana bergaduh setiap hari, nak fokus pelajaran dan lain-lain. Kawan-kawanku yang putus cinta, memang sangat sedih untuk menjalani kehidupan seperti biasa sekiranya kita telah terbiasa dengan hidup ada bf/gf nie. yalah, apa tidaknya,, kalau boleh semua benda nak report dengan c dia. bahkan perkara-perkara remeh sekalipun kena bagi tau c dia jugak. berkongsi minat yang sama. contoh: c dia minat bola sepak, awak pon berusaha untuk minat dan menyesuaikan diri dengan minatnya dan begitu juga dengan c dia, awak minat karoke tak kiralah karoke jamban, dia pon berusaha untuk meminati karoke walaupon suaranya tak sedap mana.

kejujuran, kesetiaan,pengorbanan dan keikhlasan yang diberikan tidak dihargai oleh insan yang bergelar kekasi. bila dia merasakan kurang perhatian mulalah beralih kepada yang lain.Bila sudah kehilangan, barulah dia datang semula kepada kita  merayu, memohon maaf, segala pujuk rayu dan kata-kata manis diluahkan. demi menambat hati kita semula. senang je kan dia nak datang lepas buang kita macam sampah. begitulah lumrah manusia, menghargai apabila telah kehilangan.


Janganlah bersedih dengan orang yang macam nie, berusahalah bangun untuk mencapai apa yang lebih penting dalam hidup kita. fokus untuk terus hidup, fokus tanggungjawab kita sebagai anak, pelajar atau pekerja. bina kejayaan kita sendiri dulu. Cuba fikir, sekiranya dia telah meninggalkan kita dan mendapati kita gagal dalam segala apa yang kita impikan. tak ke memalukan dan menyedihkan?? mesti dia akan bangga kerana sampai macam tuh sekali kita hancur kerana dia dan menganggap bahawa kita mengagung-agungkan dia lebih dari segalanya.

kita perlu ingat Allah  swt menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. sekiranya dulu kita gagal, kita kenalah berusaha untuk memperbaiki diri kita agar kita tergolong dalam kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. jadikan apa yang telah berlaku dulu sebagai pengajaran. tak semestinya perpisahan yang berlaku 100% berpunca daripada dia, mungkin kita juga menjadi penyumbang kepada perkara tersebut. berusahalah untuk menjadi seorang yang pemaaf dan elakkan untuk berdendam dengannya. kita perlu sedar bahawa kita semua adalah milik Allah swt dan termasuk jugalah hati kita.


redha dengan ketentuan ilahi, berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi kesedihan. jangan simpan masalah sendiri. kita diberikan kawan dan keluarga untuk kita meluahkan apa yang terbuku dihati tapi ingat, pilih kawan yang betul-betul boleh dipercayai jika nak meluahkan hal-hal peribadi. walaupun mereka tak dapat membantu kita untuk menyelesaikan masalah, mereka akan cuba untuk menjadi pendengar yang baik dan akan memberi sedikit nasihat. kita juga jangan lupa, ada lagi 1 tempat yang terbaik untuk kita meluahkan masalah kita yakni mengadu dengan Allah swt.


segalah apa yang terjadi keatas kita adalah atas kehendakNya. Allah tidak akan menguji ummatNya dengan ujian yang tidak dapat ditanggungya. Allah telah menetapkan lebih baik untuk kita lebih dari apa yang kita kehendaki. kita mungkin mencintai seseorang tetapi ia buruk bagi kita dan sebaliknya.
sekian sahaja...^_^

p/s: entri dr pengalaman dr sendiri...maaf jika ada yang tersilap ataupun entri nie mengguris perasaan anda..hehehee chill lah...


7 luahan rasamu:

ijam ismail said...

xmo sedeh2 yep...
jodoh ade d mne2

gadis_biasa said...

Alhamdulillah..dah x sedey lg....ceria sllu hingga ke tahap maksima...:p

aiEz said...

pngalaman kiter adalah sama..sume yg brlaku ttp akan berlaku,sebagai mnusia kita xkn lari dr semua ujian sebegni..Allah pn xkn mmbebankan hambaNya lebih dr kemampuan kita sendri..tbe masa yg pasti ada jdoh yg tiba nt,kjp @ lmbt jer msenya..^^

gadis_biasa said...

yup...skrg nie cuba utk perbaiki klmhan dri...xnak benda nie berulang lg..kiter dah jera...

aiEz said...

pnglmn mematangkan dri awk..prbaiki kelmahan uyg ada,sume insn xsmprna..byk kekurangannyer..^^

gadis_biasa said...

betul betul betul (ala2 upin ipin)...sy sedar sy nie pon sllu buat silap gan die...sbb 2 die cri org laen...syukur gak die terusterang awal2...:'(

aiEz said...

yup,dari terlewat n hati syg dengan lebih jauh..kan lg terluka..memang salit ditinggalkan cz dri sendri pn penah ase jugak..

Post a Comment