Thursday, March 3, 2011

adik angkatku

asslamualaikum...
nie nak cerita fasal adik angkat aku..canner aku dapat adik angkat?? panjang ceritanya..dipendekkan cerita, aku kenal dia masa join baksis kat kampung ewa langkawi. adik angkat aku nie bernama haikal. mula-mula aku memang suka tengok muka haikal nie, nak kata dia comel tak, nak kata dia hensem tak juga. tapi ada lah sesuatu yang buat aku suka tengok dia. muka dia cam muka kesian. adik aku nie sangatlah pendiam orangnya. bulu mata dia panjang dan mata yang sangatlah cantik.

sebelum nie, aku tak tau pun dia tuh adik angkat aku. yalah cam biasa, bebudak nie dibahagikan kepada 11 kumpulan dan akan dijaga oleh 4 atau 3 fasilitator. kebetulan adik aku nie masuk kumpulan aku iaitu kumpulan 4 aka junior 4..hahahahah disitulah pertama kalinya aku mengenali dia macam-macam aktiviti yang kitorang buat untuk bagi dey all seronok sambil belajar. haikal sekrang dah darjah 6 (2011).

dan benda yang aku nak cerita kat sini adalah. adik aku nie lemah dalam bab2 membaca dan menulis.
aku dapat detect pon time aku dok perati dia buat satu tugasan yang dibagi kat dey all. masa tu...korang mesti tak tau perasaan aku cam mana kan?? ya..hanya Tuhan yang tau...sedih,nak nangis,risau dan yang sama waktu dengannya menyerang jasad dan mindaku. dah lah dia nak ambik peperiksaan UPSR. eja nama sendiri pun dia tak lancar. huruf-huruf yang dia tulis pon kadang-kadang terbalik. masa tuh,,aku dok cover air mata dari gugur ke bumi. hehehe sebab ada abang fasi duduk sebelah haikal. seolah-olah abang fasi tuh mengetahui apa yang ada dalam minda aku. dia pon cakap dengan aku yang dia nak pergi toilet kejap. dan saat itulah aku gunakan untuk bertanya dan menasihati haikal. kesian adik aku nie.

ops! lupa pulak nak bagi tau yang aku nie ada dua orang adik angkat, haikal dan aizat. tapi aizat nie dok kumpulan lain so aku jarang sembang dengan dia kecuali masa makan. lainlah dengan haikal, dia dok dalam kumpulan aku dan merupakan adik angkat aku hehehehe..kiranya aku lebih rapat dengan haikal lah.hari.sesi bersama waris(parents kepada adik angkat).aku dah salam dengan mak aizat. sembang sekjap je. aku nie asyik-asyik tanya haikal kenapa mak dengan ayah dia tak datang pada hal pelajar lain boleh pulak datang. haikal kata mak dengan ayah dia sibuk kerja. erm, tak dapatlah aku jumpa mak dengan ayah angkat aku.sedih dan terharu, tu lah perasaan aku. kesian haikal, macam anak yang terbiar. aku pon terfikir, mungkin haikal tak berapa pandai membaca dan menulis disebabkan ibu bapa yang kurang beri perhatian kepada dia.

hari terakhir program berjalan, pun masih sama. mak gan ayah haikal tak datang. hati aku nie takder pon rasa  gembira dan teruja untuk balik campus. aku rasa nak stay lama-lama dengan haikal. aku pon tak tau kenapa aku kesian sangat kat budak tuh. banyak kali dia salam aku, aku pon tak putus-putus bagi nasihat kat dia supaya rajin belajar. salam untuk yang ke 4 kalinya, aku dah tak boleh tahan emosi. aku peluk dia. yang buat aku nangis time aku ternampak pakaian dia hanya dibungkus dengan beg plastik (sperti beg plastik C-mart @ beg barang kat giant,tesco dsb). Ya Allah, kuatkanlah hatiku, aku memang dah tak boleh tahan. apa orang nak kata. biaq pi lah. aku nangis sekuat hati. kawan-kawan aku bagi semangat kat aku.

aku balek campus gan hati yang sedih. kenapalah aku tak terfikir untuk bagi number hp aku kat haikal. dengan berbekalkan otak aku yang tak berapa bijak nie. aku pon membuat panggilan hangit ke sekolah haikal (sk ewa). Alhamdulillah.. kerani kat sekolah tuh bagi number hp ayah haikal kat aku... aku pon jejak kasihlah dengan ayah dia. 

aku doakan haikal dan aizat berjaya dalam pelajaran,,dan semoga mereka dapat membuat persediaan yang baik sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR nanti...akak tak dapat bagi dan tolong..akak hanya mampu mendoakan....sayang kamu wahai adik-adikku..^_^



2 luahan rasamu:

AM said...

Seorang kakak yang penyayang. :)

gadis_biasa said...

hehehhee makasih...^_^

Post a Comment