Monday, April 16, 2012

.♥♥.Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH.♥♥.


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terluka
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi
Agar ALLAH memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita 


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan sedih
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa 
ALLAH sedang menyapa dengan cinta_NYA
Agar kita bangkit lebih kuat dan tegar


Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat  membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri 


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH jika itu sebahagian dari penyucian diri ...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi


Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kekejayaan kita


Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk memulakan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya 


Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari ...
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat


Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika memupuk  kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu sebahagian dari cara ALLAH menyayangi hambaNya ...
Seperti ALLAH menyayangi para Nabi dan Rasul_NYA

0 luahan rasamu:

Post a Comment