Monday, April 16, 2012

Pernahkah kamu merasakan?

Pernahkah kamu merasakan, 
bahawa kamu mencintai seseorang, 
walaupun kamu tahu dia tak sendiri lagi, dan
walaupun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas, 
tapi kamu tetap mencintainya,

Pernahkah kamu merasakan, 
bahwa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai,
walaupun kamu tahu ia takkan pernah peduli ataupun
dia peduli dan fahami, tapi dia tetap pergi.

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, 
tersenyum kala terluka, 
menangis kala bahagia, 
bersedih kala bersama, 
tertawa kala berpisah,

Aku pernah .........

Aku pernah tersenyum
walaupun kuterluka ! 
kerana kuyakin Tuhan tak menjadikannya untukku,
Aku pernah menangis kala bahagia, 
kerana kutakut kebahagiaan cinta ini akan hilang begitu saja,

Aku pernah bersedih kala bersamanya, 
kerana kutakut aku kan kehilangan dia suatu saat nanti, dan......

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,
karena sekali lagi, cinta tak harus memiliki, dan
Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku.

Aku tetap boleh mencintainya, 
walaupun dia tak dapat bersamaku, 
kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga.

Semua orang pasti pernah merasakan cinta.. 
baik dari orang tua... sahabat.. kekasih dan 
akhirnya pasangan hidupnya.

Buat sahabatku yg sedang jatuh cinta.. selamat yah..
kerana cinta itu sangat indah. 
Semoga kalian selalu berbahagia.

Buat sahabatku yg sedang terluka kerana cinta...
Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar, 
satu saat akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sukar,
tetapi keadaan itu bukan untuk selamanya,
bersabarlah dan berdoalah kerana cinta yang lain
akan datang dan menghampirimu.

Buat sahabatku yang tidak percaya akan cinta... buka hatimu ...
jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia 
maka cinta membuat hidupmu menjadi bahagia.

Buat sahabatku yang mendambakan cinta.. bersabarlah..
kerana cinta yang indah tidak terjadi dalam sekelip mata.. 
Tuhan sedang mempersiapkan segala terbaik bagimu..

Yakinlah kepada Allah...

0 luahan rasamu:

Post a Comment