Tuesday, April 24, 2012

panik, takut, risau?? itulah aku...



Assalamualaikum...

Di petang yang sunyi sepi, ku duduk menatap skrin laptopku yang usang, sambil mencari-cari ilham untuk entri blog aku,,,dan tiba-tiba.....jeng jeng jeng! light bulb kat kepala aku timbul serta-merta..dah dapat dah dapat!!! yahooooo...(excited telebih,awas kalau entri tak best siap kau!)

Penakut? ya aku memang seorang penakut dan tak berani..hehehe same lah tuh kan? nie salah satu cerita dan kenangan yang aku rasa agak lucu lah, kenangan masa aku masi belajar.. nak dijadikan cerita, masa raya haji, aku dan sepupu aku sorang nie tak apat balek kampung atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Aku pon mencadangkan kepada sepupu aku nie untuk beraya kat rumah akak sepupu aku yang lagi sorang. dia dok Shah alam tapi mase tuh diorang berkumpul kat rumah kawan dia ( keluarga aku juga) kat subang jaya.
Jadi aku dengan sepupu aku nie pon menaiki bas selama 6 jam untuk ke selangor. Untuk pengetahuan korang, nie 1st time kitorang nak pi subang jaya secara berdikari ceeewah. dah naek bas ekspress, naek pulak KTM, lepas tuh naek bas RapidKL pulak...ha, kat sinilah "penakut" nie mula jadi teramat takut.


Kami beruda pun naeklah bas RapidKL tuh serta dimulakan dengan "Bismillah" (jangan lupa kaki kanan dulu).

sepupu : "bang kami nak turun kat apartment jati ye"
abang driver :  "ok"

Driver pun memulakan pemanduan dengan pebuh cermat dan berhati-hati, penumpang turun dan naik silih berganti. aku mula rasa tak sedap hati dan aku pon bisik-bisiklah dengan sepupu aku tuh

aku :  "wei dah lama kita dalam bas nie, orang lain dah turun, kita nie yang tak turun-turun, agaknya driver tuh dah lupa kot kita nak turun kat mana".
sepupu :  "ok, kejap aku nak bagi tau dia sekali lagi".

Dengan muka yang penuh risau, sepupu aku mendekati pemandu tersebut.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sepupu : "bang, kami nak turun kat apartment jati tau"
abang driver : "ha?? apartment jati? asal tak bagi tau awal-awal?"
sepupu : "tadi kan dah cakap" -----> dengan nada risau
abang driver : "dah telepas lah apartment jati tuh"

Mulut aku melopong, air mata aku 12 saat je lagi nak jatuh, aku dengan sepupu aku bertukar pandangan, dia sampai bediri macam assistant abang driver dah aku tengok.

aku : "jadi cam mana nie? apa kita nak buat??"

sepupu : "eh bang! takpelah, turunkan kami kat sini, kami nak patah balek naek teksi!"

Dan tiba-tiba abang driver tuh gelak kuat-kuat,,dalam  hati aku ( dia nie dah kenape? dahlah kami tengah risau)..boleh dia gelak macam tuh dalam situasi yang genting.dah lah nak beraya, sesat pulak tuh. takkan kami nak beraya kat rumah abang driver tuh kot...

abang driver  : " apartment jati jauh lagi lah, rilek ar..wakakakakkaah"
aku dan sepupu : "ha? ahahaha kurang asam...wakakakah (takut tak hilang lagi)"

Disebabkan dah takut dan risau sangat, aku sampai ta perasan dalam bas tuh ramai pulak mamat bangla yang dok peratikan gelagat kami (aku, sepupu dan abang driver)...yang aku tak boleh blah, diorang siap join kitorang gelak,,,eh biar betul bangla nie, diorang tau ke jantung aku dah nak jatuh tadi dek kerana takut sangat.


Akhirnya kami pon sampai destinasi dengan selamat, hehehe bukan saja selamat tapi dengan membawa kenangan lucu (aderlah bahan cerita malam nie)...^^



0 luahan rasamu:

Post a Comment